Selamat datang ke blog Peminat Dr Noordin Darus. Blog ini diterbitkan sebagai satu usaha untuk berkongsi maklumat, ilmu, pengalaman dan maklum balas dalam sesi perubatan mahupun kaunseling bersama Dr. Noordin Darus.

Dr Noordin Darus amat dikenali sebagai salah seorang Pelopor dan Penggerak Program Kesejahteraan di Malaysia. Beliau merupakan Penasihat Utama program-program “The Art of Total Wellness”, “Well-For-Life” dan “Slim-For-Life”. Program seumpama ini telah berjaya meletakkan nama beliu sinonim dengan tag Kesejahteraan Untuk Hidup.
Pendekatan beliau yang begitu unik serta pemikiran terkini dalam Pengurusan Minda, Tubuh dan Jiwa, menjadikan beliau seorang pensyarah, pakar motivasi, penyampai dan pengajar yang terkenal dalam membantu ramai individu untuk menikmati rahsia-rahsia menjadi Sihat Sepanjang Hayat.
….bersambung pada terbitan seterusnya