Posted by: drnoordinfan | February 26, 2008

Senaman Tentukan Tahap Kecergasan

jogging3.jpg

Kajian saintifik menunjukkan manusia hanya perlu bersenam 15 hingga 20 minit untuk mengekalkan kesihatan tubuh

SAMA ada sedar atau tidak, sebahagian daripada badan anda bersenam ketika anda menjalankan kegiatan lazim. Misalnya, apabila berjalan di sekitar pejabat, meregangkan badan untuk mencapai sebuah buku, mengangkat barang runcit atau mendukung anak berumur tiga tahun atau membongkok untuk mengutip sesuatu.

Namun, tahap senaman berbeza antara setiap individu, yakni mereka yang mengamalkan rutin senaman yang berjadual secara khusus atau yang bersukan dan mereka yang tidak membuat sebarang senaman tambahan.

Read More…

Posted by: drnoordinfan | February 26, 2008

Tangani Tekanan Mental Secara Positif

stress.jpgBERBEZA dengan artikel lalu mengenai pemakanan sihat untuk menguruskan badan, kali ini, saya ingin menyentuh masalah tekanan yang kita hadapi dan kepentingan bersenam dalam kehidupan seharian kita.

Menguruskan tekanan mental yang anda hadapi

Tekanan mental dalam hidup seharian kita wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap orang menangani tekanan mental mengikut cara tersendiri. Ada yang menganggapnya sebagai dorongan untuk mengusahakan sesuatu tugasan. Bagi orang lain, tekanan mental boleh melumpuhkan semangat. Ada yang cuba menanganinya dengan makan mengikut nafsu manakala yang lain tunduk kepada godaan alkohol dan dadah. Sepatutnya, anda tidak boleh ditewaskan tekanan mental. Caranya ialah dengan mempelajari bagaimana menguruskan tekanan mental dengan berkesan.  

Read More…

Posted by: drnoordinfan | February 26, 2008

Disiplin, Fokus Untuk Langsing

slim21.jpg(Artikel ini pernah tersiar dalam Berita Harian) 

HARUS diingatkan bahawa pengamalan diet yang membabitkan air yang banyak perlu diimbangi dengan pengambilan garam. Ini kerana pengambilan air akan membersihkan organ dalaman tubuh manusia sekali gus mengurangkan kadar sodium, iaitu garam dalam badan.

Bagaimanapun, elakkan menggunakan garam masak biasa dalam sukatan yang berlebihan, sebaliknya usahakan untuk mendapatkan garam yang sudah disahkan mempunyai khasiat seperti garam bario dari Sabah atau produk yang dihasilkan daripada garam itu. Read More…

Posted by: drnoordinfan | February 14, 2008

Panduan Diet Secara Sihat

(Artikel ini pernah tersiar dalam Berita Harian) Sihat Minda, Rohani dan Jasmani

“MINDA yang sihat datangnya daripada badan yang sihat, badan yang sihat datangnya daripada minda yang sihat.” Ungkapan ini tidak asing lagi dan didengar di mana-mana saja. Oleh itu, berapa ramaikah di kalangan kita yang mengamalkannya. Kita semua tahu tubuh badan yang cergas dari segi fizikal dapat meningkatkan setiap aspek kehidupan kita. Bagaimanapun berasaskan kajian yang saya buat keseimbangan antara minda, fizikal dan rohani adalah kunci utama untuk kesihatan yang optimum.

Daripada hakikat inilah saya melahirkan ‘Terapi Mifiro’ – yang datangnya daripada gabungan perkataan minda, fizikal dan rohani. Menerusi artikel ini, insya-Allah saya akan memperkenalkan satu persatu kaedah yang digunakan dalam terapi mifiro ini, mudah-mudahan anda akan mendapat manfaat dan sentiasa sihat sepanjang hayat. Bab yang pertama yang akan saya bincangkan ialah langsing sepanjang hayat.

Bagaimana jika anda boleh makan apa saja yang anda mahu pada bila-bila masa yang anda inginkan tetapi berat badan anda masih lagi terkawal?
Apa yang akan saya kongsi dengan anda adalah satu program diet yang menggunakan terapi mifiro, yang dirumus khas berdasarkan teori saya mengenai pemakanan yang sihat dan senaman yang selamat. Program diet ini sudah saya lancarkan pada 17 September tahun lalu pada seminar aura anggun di Hotel PJ Hilton.

Lazimnya apabila orang bercakap mengenai ‘berdiet’, apa yang kita bayangkan ialah menahan diri daripada makan atau ‘mengira kalori’. Semua ini betul tetapi berapa lamakah ia bertahan? Adakah anda mampu mengikat perut sampai bila-bila sebab kita tahu bahawa jika berhenti daripada berdiet, lambat laun berat badan kita akan naik semula. Laratkah anda mengira kalori sepanjang hayat?

Sebab itu saya memperkenalkan program diet ini dan anda boleh makan saja apa yang diinginkan tetapi pada masa sama dapat mengawal berat badan. Bagaimana caranya? Bolehkah dilakukan?

Read More…

Posted by: drnoordinfan | February 14, 2008

Salam Sejahtera !!!

Selamat datang ke blog Peminat Dr Noordin Darus. Blog ini diterbitkan sebagai satu usaha untuk berkongsi maklumat, ilmu, pengalaman dan maklum balas dalam sesi perubatan mahupun kaunseling bersama Dr. Noordin Darus.

Dr Noordin Darus

Dr Noordin Darus amat dikenali sebagai salah seorang Pelopor dan Penggerak Program Kesejahteraan di Malaysia. Beliau merupakan Penasihat Utama program-program “The Art of Total Wellness”, “Well-For-Life” dan “Slim-For-Life”.  Program seumpama ini telah berjaya meletakkan nama beliu sinonim dengan tag Kesejahteraan Untuk Hidup.

Pendekatan beliau yang begitu unik serta pemikiran terkini dalam Pengurusan Minda, Tubuh dan Jiwa, menjadikan beliau seorang pensyarah, pakar motivasi, penyampai dan pengajar yang terkenal dalam membantu ramai individu untuk menikmati rahsia-rahsia menjadi Sihat Sepanjang Hayat.

….bersambung pada terbitan seterusnya

Categories